Laman Utama

Ar-Rahn telah ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Permodalan Kelantan Berhad, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Ar-Rahn telah mengorak langkah untuk menjadi bukan sahaja pelapor tetapi peneraju perniagaan pajak gadai islam, membebaskan ummah daripada amalan riba dengan menyediakan sistem keewangan islam pembiayaan mikro kredit secara adil, telus dan mudah serta memperluaskan perniagaan melalui pembukaan cawangan serta francais dan usahasama dan kini telah mempunyai 31 cawangan di seluruh negara termasuk sabah. Permodalan Kelantan Berhad telah mendapatkan hak sebagai francaisor Ar-Rahn pada 29 Januari 2007 dari Kementerian Pembangunan Usahawan di bawah Akta Francais 1998.